KUALA LUMPUR, 21 Mei 13 – Majlis perpisahan yang penuh istiadat ketenteraan telah diadakan di Dataran Wisma Pertahanan bagi meraikan Mantan Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi awal pagi tadi. Pada majlis perpisahan itu, Mantan Menteri Pertahanan telah memeriksa perbarisan Kawalan Kehormatan Utama terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota Lain-Lain Pangkat sambil diiringi alunan lagu ‘Auld Lang Syne’ dari unit pancaragam Rejimen Askar Melayu Diraja. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Setiausaha, Datuk Dr Ismail Ahmad, Panglima Angkatan Tentera, Panglima-Panglima Perkhidmatan serta pegawai-pegawai kanan awam dan tentera Kementerian Pertahanan.