BUTTERWORTH, 22 Mei 13 – Perbarisan Bulanan Komander Pangkalan bagi bulan Mei telah berlangsung di hadapan ASF Hanger Pangkalan Udara Butterworth. Perbarisan tersebut terdiri daripada 11 Pegawai dan 118 anggota LLP yang diketuai oleh Mej Nurul Zaidi bin Kassim TUDM. Perbarisan yang penuh istiadat ini telah dilaksanakan dengan memakai Pakaian No 1 Istiadat berserta dengan format perbarisan berjalan lalu yang diiringi oleh Pancaragam dari Kolej Tentera Udara di bawah pimpinan Kapt Aznan bin Abdullah TUDM. Di kesempatan itu juga, Komander Pangkalan YBhg Brig Jen Dato’ Mohd Shabre bin Hj Hussein TUDM turut memakaikan Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) Kedua kepada anggota-anggota pangkalan yang layak.