Quantcast
Channel: Laman Web Rasmi Tentera Udara Diraja Malaysia » Berita Dari Pangkalan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 983

12 Dis 13 : Penerima Anugerah Kecemerlangan TUDM 2013

$
0
0

SUBANG, 12 Dis 13 : Pangkalan Udara Subang telah mempamerkan prestasi cemerlang dalam pengurusan Rumah Keluarga apabila muncul sebagai penerima Anugerah Best Married Quarters of the Year 2013. Dalam masa yang sama 16 Skn yang juga berpangkalan di PU Subang turut dipilih sabagai Squadron of The Year 2013. Hadiah-hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Roslan bin Saad TUDM yang mewakili Panglima Tentera Udara.

Dalam majlis yang sama, Timbalan Panglima Tentera Udara turut menyampaikan insentif khas untuk pasukan sukan TUDM yang cemerlang dalam kejohanan sukan antara perkhidmatan bagi tahun 2013. Penerima insentif khas adalah pasukan-pasukan sukan yang telah menjadi johan dan naib johan dalam kejohanan sukan antara perkhidmatan.

Penerima insentif khas sukan adalah dari Pasukan Payung Terjun, Boling Padang dan Bina Badan yang telah menjadi johan,  sementara itu pasukan Menembak Lelaki,  Sepak Takraw, Silat Olahraga dan Golf pula menjadi naib johan dalam kejohanan sukan antara perkhidmatan yang diadakan pada tahun ini.

Turut menerima pengikhtirafan adalah No 20 Skn yang berpangkalan di PU Subang dan No 14 Skn yang berpangkalan di PU Labuan melalui penglibatan mereka dalam misi bantuan kemanusiaan. Kedua-dua skn ini menerima penghargaan melalui Anugerah Pencapaian Kecemerlangan ‘Op Daulat’  dan ‘Misi HADR’.

 Best Married Quarters of the Year 2013 - Pangkalan Udara Subang

Squadron of The Year 2013 – No 16 Skn

bina badan golf Menembak lelaki payung terjun sepak takraw silat olahraga tinju

Penerima Insentif Khas Sukan

Anugerah Pencapaian Kecemerlangan ‘Op Daulat’  dan ‘Misi HADR’


Viewing all articles
Browse latest Browse all 983

Trending Articles