SUBANG, 13 Dis 13 – Sempena penutup aktiviti TUDM tahun 2013, satu karnival sukan telah dianjurkan di Pangkalan Udara Subang hari ini. Karnival sukan ini telah disertai oleh pegawai dan anggota TUDM dari Gabungan Markas Tentera Udara/Markas Operasi Udara (MTU/MOU), Pangkalan Udara Kuala Lumpur dan Pangkalan Udara Subang serta ahli Bakat Udara. Acara sukan yang dipertandingkan melibatkan pegawai dan anggota TUDM adalah Sepak Takraw, Bola Tampar, Bola Jaring.
Acara bola tampar telah dimenangi oleh Pangkalan Udara Subang dan bola jaring dimenangi oleh Gabungan MTU/MOU. Sementara Pangkalan Udara Kuala Lumpur pula menjuarai acara Sepak Takraw. Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan Udara Subang, YBhg Brig Jen Dato’ Hj Romlee bin Yahaya TUDM.