1. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
a. PENYERTAAN
Penyertaan pertandingan ini adalah terbuka kepada semua anggota-anggota TUDM dan semua kakitangan Awam yang bertugas sama ada pegawai tetap, kontrak atau sementara kecuali Ahli Jawatankuasa Pertandingan. Objektif pertandingan ini adalah untuk mendapatkan logo yang melambangkan transformasi sempena Ulang Tahun PULATIBANG 1 yang ke- 50 yang berpaksikan ciri-ciri inovasi dan kreativiti melalui usaha-usaha yang terancang.
b. SPESIFIKASI REKA BENTUK LOGO
Rekaan terpulang kepada kreativiti masing-masing, tetapi mestilah menepati kriteria-kriteria berikut:
(1) Mestilah berkaitan dengan sambutan ulang tahun PULATIBANG 1 yang ke-50 (cth: penggunaan nombor ‘50’ atau dengan perkataan ‘Fifty Years’ atau ‘Golden Jubilee’, dsb).
(2) Penggunaan warna-warna TUDM amatlah digalakkan.
(3) Tidak perlu ada logo AFNG.
(4) Penggunaan logo PULATIBANG 1 – optional.
(5) Penggunaan grafik pesawat yang pernah digunakan di PULATIBANG 1 semasa Basic Flying (samada Bulldog, Piston Provost, Pilatus PC-7, Aerotiga MD-3, Pilatus PC-7 Mk II atau gabungan). – optional.
(6) Lain-lain maklumat yang digalakkan: ‘1 Jul 1964’ (tarikh HUT),‘1964-2014’.
(7) Logo mestilah ringkas tetapi menarik
2. TEMPOH PENYERTAAN
Penyertaan dibuka dari sekarang, 26 Feb 14 hingga tarikh tutup penyertaan pada atau sebelum 16 Mei 14. Sebarang penyertaan selepas 16 Mei 14 tidak akan dilayan oleh pihak Urus Setia.
3. HADIAH PERTANDINGAN
Pernyertaan yang terpilih sebagai logo tetap ulangtahun PULATIBANG 1 akan menerima hadiah-hadiah dari pihak TUDM.
4. PANEL PENILAI
Semua penyertaan adalah tertakluk kepada keputusan MUKTAMAD oleh Panel Penilai dan Panel Penilai berhak untuk membatalkan penyertaan pada mana-mana peringkat pertandingan sekiranya didapati peserta tidak mematuhi mana-mana syarat yang dinyatakan. Panel Penilai berhak mengubahsuai dan meminda reka bentuk logo yang disertai sekiranya perlu dan logo yang terpilih akan diguna pakai dan menjadi hak PULATIBANG 1.
5. Setiap penyertaan perlu mempunyai penerangan maksud logo dan majukan soft copy penyertaan kepada email berikut:
a. pulatibangsatu@gmail.com dan salinan (cc) kepada prtudm@gmail.com