ALOR SETAR, 27 Feb 14 – Perbarisan Bulanan Ketua Cawang Materiel, Kolej Tentera Udara telah diadakan di Dataran Cawang Materiel hari ini dan dihadiri oleh semua warga Cawang Materiel.
Dalam perbarisan ini juga, Ketua Cawang Materiel, Mej Johari Azam bin Abu Hassan TUDM telah menyempurnakan penyerahan tugas Pegawai Waran Cawang Materiel di antara PW U I Shukri bin Abd Ghani yang menyerahkan jawatannya kepada PW U I Kamal bin Samsudin.
Ketua Cawang Materiel telah mengingatkan kepada semua warga Cawang Materiel agar membuat persiapan awal bagi Pemeriksaan IGTU yang akan tidak lama lagi dan beliau juga mengucapkan tahniah kepada PW U I Shukri kerana telah memberi komitmen sepenuhnya di atas jasa beliau di Cawang Materiel selama ini.