KUANTAN, 15 Ogos 14 – Majlis Penyampain Anugerah Kecemerlangan Akademik ATM Peringkat Negeri Pahang Tahun 2014 telah diadakan di Auditorium INSPRA, PU Kuantan.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Komander Pangkalan Udara Kuantan, YBhg Brig Jen Hj Yazid bin Arshad TUDM, wakil Panglima MK Wilayah Laut 1, Kdr Mohd Iskandar bin Md Salleh TLDM serta Pegawai Pendidikan MK 4 BGD (MEK), Mej Hamka bin Mohd Harith.
Majlis penyampaian sijil dan cek kepada penerima-penerima anugerah telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan. Setiap penerima telah menerima Sijil dan cek bernilai RM750 bagi PMR manakala bagi SPM pula menerima sijil dan cek bernilai RM1500.
Anugerah Kecemerlangan Akademik (AKA) ATM merupakan insentif tahunan yang disumbangkan oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) sebagai satu pengiktirafan kepada anak-anak ATM yang cemerlang didalam peperiksaan PMR dan SPM