KUALA LUMPUR, 18 Ogos 14 – Bersempena dengan sambutan Jubli Emas Pusat Latihan Terbang 1 (PULATIBANG 1) yang akan diadakan pada 23 Ogos 2014 ini, pelbagai program publisiti dan promosi telah dirangka bagi tujuan hebahan maklumat sambutan kepada masyarakat.
Salah satunya adalah temubual Radio RTM, saluran Traxx.fm bersama-sama dengan Pegawai Memerintah PULATIBANG 1, Kol Yee Yit Hong TUDM. Temubual yang telah diadakan di Wisma Radio Angkasapuri itu turut berkongsi maklumat berkaitan program sambutan serta aktiviti-aktiviti berkaitan.
Sambutan Jubli Emas PULATIBANG 1 ini akan diadakan di PULATIBANG 1, Kolej Tentera Udara (KTU) dengan turut dihadiri oleh mantan-mantan Panglima Tentera Udara, jurulatih-jurulatih yang pernah berkhidmat sejak awal penubuhanya serta pegawai-pegawai yang pernah menjadi pelatih di sini.