Quantcast
Channel: Laman Web Rasmi Tentera Udara Diraja Malaysia » Berita Dari Pangkalan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 983

11 Dis 14 : Majlis Penutup Kursus Pegawai Skuadron Siri 82/14

$
0
0

TANJUNG BUNGAH, 11 Dis 14 – Majlis Penutup Kursus Pegawai Skuadron  dan Kursus Kaya Budi Siri 82/14 telah disempurnakan oleh Panglima Bantuan Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Hj Sabri bin Adam TUDM di Hotel Bay View, Pulau Pinang. Turut hadir adalah Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Mej Jen Dato’ Hj Abdul Karim bin Abdul TUDM.

Dalam majlis tersebut,  Panglima Bantuan Udara telah menyampaikan sijil kepada penuntut Kursus Pegawai Skuadron manakala isteri  Panglima Bantuan Udara, Datin Dasimah binti Bongso telah menyampaikan sijil kepada penuntut Kursus Kaya Budi.

Sebelum Majlis penyampaian sijil dijalankan, satu Pembentangan Kertas Kerja telah disampaikan oleh penuntut-penuntut kursus yang bertajuk Adaptive Talent Management Inline with RMAF Transformation Plan (People Retention).

Kursus Pegawai Skuadron telah dihadiri seramai 28 orang penuntut daripada pelbagai ketukangan dan salah seorang daripadanya adalah penuntut dari Sri Langka.

Dalam majlis tersebut, Kapt Chek Chang Jie TUDM dari PUSPEKA telah dipilih sebagai penuntut akademik terbaik manakala Mej Roslina binti Rasli TUDM dari PLTB 2 telah dipilih sebagai penuntut keseluruhan terbaik bagi Kursus Pegawai Skuadron Siri 82/14.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 983

Trending Articles