Quantcast
Channel: Laman Web Rasmi Tentera Udara Diraja Malaysia » Berita Dari Pangkalan
Viewing all 983 articles
Browse latest View live

10 Apr 13 : Lawatan Kerja Panglima Operasi Udara Ke Pangkalan Udara Kuching

$
0
0

kuc1

Ketibaan Panglima Operasi Udara Di Pangkalan Udara Kuching

MIE_1370

Ketibaan Panglima Operasi Udara Di Pusat Sektor Operasi (SOC 3) di Kota Samarahan

MIE_1444

Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Tim Pendahuluan 330

MIE_1433

KUCHING, 10 Apr 13 – Panglima Operasi Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah mengadakan lawatan kerja ke Pangkalan Udara Kuching bermula 10 Apr 13 sehingga 12 Apr 13. Rombongan beliau bersama Panglima Logistik Udara, YBhg Mej Jen Dato’ Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM dan Ketua Pengarah Operasi dan Eksesais, YBhg Brig Jen Dato’ Hj Affendi bin Buang TUDM telah disambut oleh Pemangku Komander Pangkalan iaitu Lt Kol Shaharudin bin Mohd Said TUDM serta semua pegawai eksekutif pangkalan di hadapan Bangunan Pergerakan Udara. Lawatan kerja ini bermula dengan meninjau sekitar Gunung Ngili dan melawat kompleks Pusat Sektor Operasi (SOC 3) di Kota Samarahan. Taklimat perkembangan pengoperasian telah disampaikan oleh Ketua Tim Pendahuluan 330, Mej Mohd Nizam bin Mohammad TUDM.


11 Apr 13 : Tahniah Dan Selamat Meneruskan Kecemerlangan

$
0
0

Tahniah Dan Selamat Meneruskan KecemerlanganTahniah Dan Selamat Meneruskan Kecemerlangan

KUALA LUMPUR, 11 Apr 13 – Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM telah menyempurnakan pemakaian pangkat kepada dua orang pegawai kanan TUDM di Eagle Nest, Markas Tentera Udara pada pagi tadi. Lt Kol Noor Mohammad Akmar bin Mohammad Dom TUDM telah diberikan pangkat lokal Kolonel TUDM dan Mej Sharidan bin Nemad TUDM telah diberikan pangkat lokal Lt Kol TUDM. Kol Noor Mohammad Akmar TUDM yang mula menyertai TUDM pada 19 Jul 1983 mempunyai Masters In Management Studies (Project Management), Master of Social Science serta Diploma Pengajian Strategik Dan Keselamatan. Lt Kol Sharidan TUDM pula yang ditauliahkan pada 1 Feb 1993 dan mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sains Pengajian Maklumat, Diploma In Strategic And Defence Studies dan Diploma Pemerintahan Dan Staf. Kol Noor Mohammad Akmar TUDM akan memegang jawatan sebagai Principal Staff Officer (Udara) manakala Lt Kol Sharidan TUDM akan memegang jawatan Pegawai Staf Operasi Udara. Kedua-dua pegawai kanan tersebut akan bertugas di Markas Komponen Pertahanan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM). Turut hadir menyaksikan majlis ini ialah Timbalan Panglima Tentera Udara dan Pegawai-Pegawai Kanan TUDM.

11 Apr 13 : Kunjungan Hormat Air Marshal Mark Binskin Ke Atas Panglima Tentera Udara

$
0
0

Kunjungan Hormat Air Marshal Mark Binskin Ke Atas Panglima Tentera UdaraKunjungan Hormat Air Marshall Mark Binskin Ke Atas Panglima Tentera UdaraKunjungan Hormat Air Marshall Mark Binskin Ke Atas Panglima Tentera Udara

KUALA LUMPUR, 11 Apr 13 – Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada  Air Marshal Mark Binskin, AO, – Vice Chief Of The Defence Force, Australia. Kunjungan hormat ini telah berlangsung di Pejabat Panglima Tentera Udara.

11 Apr 13 : Panglima Operasi Udara Di Pangkalan Udara Kuching

$
0
0

KUCHING, 11 Apr 13 – Panglima Operasi Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah mengadakan lawatan kerja ke Pangkalan Udara Kuching bermula 10 Apr 13 sehingga 12 Apr 13. Lawatan ini bertujuan membolehkan Panglima Operasi Udara melihat serta mendapat maklumat terkini pelbagai aspek berkaitan operasi dan kesiagaan TUDM disamping berdialog dengan semua pegawai dan staf di Pangkalan Udara Kuching.

Aktiviti lawatan pada hari kedua diteruskan dengan lawatan ke Cawang Operasi. Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Cawang Operasi, Lt Kol Thamil Chelvan a/l Subramaniam TUDM berhubung dengan pengoperasian, peralatan serta keupayaan Cawang Operasi PU Kuching. Seterusnya lawatan diteruskan dengan melawat No 7 Skn, Cawang Kejuruteraan dan No 1 Skn.

kuc2
kuc3

Taklimat di No 7 Skn telah disampaikan oleh Pegawai Memerintah No 7 Skn, Lt Kol Mohammad Rosdzni bin Abdul Karim TUDM.

kuc4

Penerangan kegunaan alatan NVG yang berada di No 7 Skn.

kuc5

Penerangan Pesawat CN 235 yang dimiliki No 1 Skn oleh Pegawai Memerintah No 1 Skn, Lt Kol Shaharudin bin Mohd Said TUDM.

MES1
MES2MES3

Dalam rangka lawatan tersebut, Panglima Operasi Udara telah berbesar hati menghadiri Majlis Makan Tengahari bersama warga pangkalan bertempat di Mess Ahli Udara (MAU). Dalam kesempatan tersebut, Panglima Operasi Udara turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua warga Pangkalan Udara Kuching yang telah memberikan bantuan kepada pasukan keselamatan semasa Ops Daulat di Lahad Datu, Sabah. Panglima Operasi Udara juga turut menyampaikan amanat kepada anggota pangkalan supaya sentiasa bersedia bagi memastikan tahap kesiagaan TUDM berada pada tahap yang tinggi.

12 Apr 13 : Tool’s Down Day Tingkatkan Kesedaran Keselamatan Dan Pencegahan Kebakaran

$
0
0

Tool’s Down Day Tingkatkan Kesedaran Keselamatan Dan Pencegahan KebakaranTool’s Down Day Tingkatkan Kesedaran Keselamatan Dan Pencegahan Kebakaran

ALOR SETAR, 12 Apr 13 – ‘Kecil-kecil menjadi kawan, besar menjadi lawan’. Itulah pepatah melayu yang memberi pengajaran tentang bahaya api apabila tidak dikawal. Api yang tidak terkawal boleh mengakibatkan kebakaran yang akhirnya membawa kepada kehilangan nyawa dan harta benda. Mencegah kebakaran merupakan tanggungjawab setiap individu samada di rumah atau tempat kerja. Tool’s Down Day anjuran Pusat Latihan Terbang 1 (PULATIBANG 1) di Kolej Tentera Udara (KTU) kali ini bertemakan pencegahan kebakaran bagi meningkatkan kesedaran setiap anggota. Program ini telah dilancarkan di Dewan Taming Sari, KTU oleh Komandan Kolej, Kol Sardon bin Hassan TUDM.

Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk memberi peluang kepada anggota PULATIBANG 1 bersantai dengan menyertai program-program yang telah disediakan sepanjang hari. Di samping itu juga, penganjuran program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran tentang keselamatan dan kepentingan pencegahan kebakaran di kalangan jurulatih penerbangan, staf dan pelatih penerbangan PULATIBANG 1 khasnya.

Antara aktiviti menarik yang dianjurkan dalam program ini termasuklah ceramah ‘Stress Management’ oleh Kapt (Dr) Zuriani daripada 817 Rumah Sakit Angkatan Tentera (817 RSAT) KTU, pertunjukan dan latihan memadam kebakaran oleh Pasukan Bomba KTU serta pameran pencegahan kebakaran yang mempamerkan alat-alat memadam kebakaran dan menyelamat serta pamplet-pamplet berkenaan teknik mencegah kebaran.

Dalam pada itu, Komandan KTU dalam ucapan perasmian menekankan bahawa keselamatan adalah merupakan tanggungjawab setiap individu yang perlu dipelihara bersama. Beliau juga mengingatkan kepada semua yang hadir terutama pelatih-pelatih penerbangan agar meningkatkan tahap keselamatan terutamanya ketika melakukan tugas penerbangan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini  berlaku. Segala langkah keselamatan yang telah digariskan perlu dipatuhi dan difahami agar risiko kemalangan dapat dikurangkan.

12 Apr 13 : Karnival Sukan Pusat Latihan Pentadbiran Dan Pengurusan (PLPP) Tahun 2013

$
0
0

Karnival Sukan Pusat Latihan Pentadbiran Dan Pengurusan (PLPP) Tahun 2013Karnival Sukan Pusat Latihan Pentadbiran Dan Pengurusan (PLPP) Tahun 2013Karnival Sukan Pusat Latihan Pentadbiran Dan Pengurusan (PLPP) Tahun 2013

SUBANG, 12 Apr 13 – Karnival Sukan Pusat Latihan Pentadbiran dan Pengurusan (PLPP) Tahun 2013 telah diadakan dengan suasana ceria dan meriah oleh semua penuntut kursus di pusat latihan ini. Majlis pembukaan disempurnakan oleh Pegawai Memerintah PLPP, Lt Kol Hjh Hasimah bte Hj Hasan TUDM. Karnival ini telah diselia oleh Penuntut Kursus Tingkatan Pegawai Urusetia dan dibantu oleh Penuntut Kursus Ketua Kerani, Kursus Penyelia Kanan, Kursus Penyelia Rendah dan Kursus Asas Pembantu Tadbir.

Karnival ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan, setiakawan dan kerjasama serta mengeratkan lagi silaturrahim antara para pelatih dan staf PLPP setelah bertungkus lumus bekerja dan belajar. Aturcara karnival dimulai dengan pengenalan maskot iaitu Spiderman, Superman, Batman dan Hulk. Seterusnya disusuli acara senamrobik yang dikendalikan sendiri oleh Jurulatih Jasmani PLPP. Sebanyak 4 acara sukan dipertandingkan seperti Iron Man, Treasure Hunt, Sepak Penalti dan Tarik Tali. Sebelum melabuhkan tirai penutup karnival sukan PLPP kali ini, Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Mej Jen Dato’ Azizool Arif bin Abdul Ghani TUDM berkesempatan untuk hadir menyaksikan pertandingan akhir tarik tali di antara pasukan jurulatih dan pelatih kursus, pertandingan yang berlangsung agak sengit dan akhirnya dimenangi oleh pasukan pelatih.

Secara keseluruhannya, kumpulan Hulk telah menjuarai karnival sukan kali ini. Adalah diharapkan program sebegini akan terus dianjurkan dan menjadi sebahagian dari aktiviti Ko-Kurikulum penuntut di pusat latihan ini.

13 Apr 13 : Mesyuarat Agung Tahunan BAKAT SITU

$
0
0

Mesyuarat Agung Tahunan BAKAT SITUMesyuarat Agung Tahunan BAKAT SITU

TANJUNG BUNGAH, 13 Apr 13 – Mesyuarat Agung Tahunan BAKAT Udara Sekolah Ikhtisas Tentera Udara (SITU) bagi tahun 2013 telah diadakan di Dewan Khaliq Al Walid, SITU. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Suriya Nadhrah bt Rusli, Pengerusi BAKAT Udara SITU. Mesyuarat yang diadakan ini bertujuan untuk melantik Ahli Jawatan Kuasa yang baru disamping membincangkan perkara-perkara berbangkit serta permasalahan terkini di kalangan ahli BAKAT SITU. Antaranya, mengenai perancangan aktiviti BAKAT untuk tahun 2013.

13 Apr 13 : Majlis Ramah Mesra Tan Sri Nor Mohamed Yakcop Bersama Warga Pangkalan Udara Butterworth Dan Veteran TUDM

$
0
0

Majlis Ramah Mesra Tan Sri Nor Mohamed Yakcop Majlis Ramah Mesra Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

BUTTERWORTH, 13 Apr 13 – Majlis Ramah Mesra Tan Sri Nor Mohamed Yakcop bersama warga Pangkalan Udara Butterworth dan Veteran TUDM telah berlangsung bertempat di Perkarangan Wisma Bintara Pangkalan Udara Butterworth. Majlis tersebut telah dihadiri seramai 1500 warga pangkalan. Dalam majlis tersebut, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop telah memberi sumbangan kepada pesakit kronik, anak-anak istimewa dan ibu tunggal. Beliau juga turut memberi sumbangan  Netbook kepada anggota yang layak serta menyampaikan hadiah kepada anak-anak anggota yang memenangi pertandingan mewarna.


15 Apr 13 : Panglima Tentera Udara Terima Kunjungan Hormat Pesuruhjaya Tinggi Pakistan

$
0
0

Panglima Tentera Udara Terima Kunjungan Hormat Pesuruhjaya Tinggi Pakistan Panglima Tentera Udara Terima Kunjungan Hormat Pesuruhjaya Tinggi Pakistan

KUALA LUMPUR, 15 Apr 13 – Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada H.E Shahid Masroor Gul Kiani, Pesuruhjaya Tinggi Pakistan di Kuala Lumpur yang baru. Kunjungan hormat ini telah berlangsung di Pejabat Panglima Tentera Udara.

16 Apr 13 : Full Kit Inspection Tentukan Kelengkapan Pakaian Anggota

$
0
0

Full Kit Inspection Tentukan Kelengkapan Pakaian Anggota Full Kit Inspection Tentukan Kelengkapan Pakaian Anggota Full Kit Inspection Tentukan Kelengkapan Pakaian Anggota

KUANTAN, 16 Apr 13 - Pangkalan Udara Kuantan telah mengadakan Full Kit Inspections pada hari ini bertempat di Dewan Seri Angkasa. Program yang melibatkan anggota berpangkat Flait Sarjan dan ke bawah itu berlangsung dalam tiga sesi yang akan berakhir esok. Pegawai Waran Pangkalan, PW U II Mohamad Atefi bin Che Long yang dibantu oleh Pegawai Waran Skuadron telah melakukan pemeriksaan tersebut. Beliau juga turut melakukan pemeriksaan rambut dan personal drill  secara rambang terhadap anggota. Program tahunan yang dikelolai oleh Cawang Material adalah bertujuan bagi memastikan anggota Pangkalan Udara Kuantan dibekalkan dengan pakaian seragam serta aksesori yang mencukupi dan terkini. Selain itu juga, pemeriksaan ini bertujuan untuk menentukan kesiapsiagaan anggota berserta pakaian yang lengkap apabila diperlukan dalam majlis perbarisan dan sebagainya.

16 Apr 13 : Perbarisan Bulanan Pegawai Memerintah Pusat Latihan Pentadbiran Dan Pengurusan

$
0
0

Perbarisan Bulanan Pegawai Memerintah Pusat Latihan Pentadbiran Dan Pengurusan

SUBANG, 16 Apr 13 – Perbarisan bulanan Pegawai Memerintah Pusat Latihan Pentadbiran dan Pengurusan (PLPP) kali kedua Tahun 2013 telah diadakan di Padang Kawad PLPP. Perbarisan tersebut terdiri dari Staf, Jurulatih, Penuntut Kursus Tingkatan Pegawai Urusetia, Kursus Penyelia Kanan, Kursus Penyelia Rendah, Kursus Lanjutan  Pembantu Tadbir dan Kursus Asas Pembantu Tadbir. Pemeriksaan perbarisan telah dilakukan oleh Pegawai Memerintah PLPP, Lt Kol Hjh Hashimah bte Hj Hasan TUDM.

Dalam ucapan yang disampaikan, Pegawai Memerintah PLPP mengingatkan kepada semua berkaitan Pilihan Raya Umum kali ke 13 yang akan diadakan pada 5 Mei 13. Walau bagaimanapun, sebagai anggota ATM dikehendaki untuk mengundi awal iaitu pada 30 Apr 13. Selain itu Pegawai Memerintah PLPP juga menegaskan, tiada penglibatan diri dikalangan pelatih dalam apa juga aktiviti yang berbaur politik secara langsung ataupun tidak langsung.

Pada tahun ini TUDM bakal menyambut Hari Ulang Tahun ke 55 pada 1 Jun 13 dengan bertemakan Penguasaan Teknologi Teras Keupayaan. Selaras dengan itu, Pegawai Memerintah PLPP menyeru agar semua yang hadir untuk lebih peka dan mempelajari dan meningkatkan ilmu pengetahuan berkenaan teknologi supaya lebih berilmu dan berdaya saing.

Sebelum mengakhiri ucapannya, Pegawai Memerintah PLPP mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada semua AJK-AJK yang terlibat dalam melaksanakan dan merealisasikan karnival sukan yang telah diadakan dengan jayanya pada 12 Apr 13 yang lalu.

16 Apr 13 : Sekolah Sukan ITU Ipoh Harumkan TUDM

$
0
0

Sekolah Sukan ITU Ipoh Harumkan TUDM
Sekolah Sukan ITU Ipoh Harumkan TUDM

Sekolah Sukan ITU Ipoh Harumkan TUDM

Sekolah Sukan ITU Ipoh Harumkan TUDM

KUALA LUMPUR, 16 Apr 13 – Pertandingan Kumpulan Inovatif Dan Kreatif yang berlangsung selama dua hari bermula 15 Apr 13 telah melabuhkan tirai pada petang tadi. Majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada kumpulan yang bertanding telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Dato’ Sri Dr Hj Ismail bin Hj Ahmad di Auditorium Wisma Pertahanan. Dalam pertandingan kali ini, kumpulan BIG BAG dari Sekolah Sukan, Institut Latihan Tentera Udara telah berjaya menduduki tempat kedua bagi kategori pengurusan dengan mempertandingkan peralatan dan teknik menurunkan berat badan melalui Program Pengurusan Penurunan Berat Badan TUDM. Turut hadir menyaksikan majlis ini ialah Timbalan KSU, YBhg Dato’ Jalil Marzuki, Timbalan Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Madya Datuk Mohammed Noordin Ali, Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Hj Roslan bin Saad TUDM dan YBhg Mej Jen Dato’ Abu Muslim Ismail yang mewakili Panglima Tentera Darat.

16 Apr 13 : Perlancaran Kelab Basikal No 20 Skuadron dan Kayuhan Ria Pangkalan Udara Subang

$
0
0

Perlancaran Kelab Basikal No 20 Skuadron dan Kayuhan Ria Pangkalan  Udara Subang Perlancaran Kelab Basikal No 20 Skuadron dan Kayuhan Ria Pangkalan  Udara Subang

Perlancaran Kelab Basikal No 20 Skuadron dan Kayuhan Ria Pangkalan  Udara Subang

Perlancaran Kelab Basikal No 20 Skuadron dan Kayuhan Ria Pangkalan  Udara SubangPerlancaran Kelab Basikal No 20 Skuadron dan Kayuhan Ria Pangkalan  Udara Subang

SUBANG, 16 Apr 13 – ‘Otak yang sihat datang dari badan yang cergas’ itulah pepatah lama yang telah di ucapkan oleh Komander Pangkalan Udara Subang,Brig Jen Hj Romlee bin Yahaya TUDM semasa melancarkan penubuhan Kelab Basikal No 20 Skuadron. Penubuhan kelab tersebut adalah hasil dari inisiatif anggota-anggota SPU Merbok skuadron ini untuk mewujudkan satu aktiviti riadah bagi mengeratkan hubungan silaturrahim sesama warga skuadron. Sambutan yang diterima amatlah menggalakkan dengan kehadiran lebih dari 70 anggota berbasikal dari pelbagai unit naungan Pangkalan Udara Subang. Aktiviti hari ini dimeriahkan lagi dengan adanya program Klinik Basikal yang dianjurkan oleh Persatuan Basikal TUDM dan Kayuhan Ria sejauh 4 kilometer mengelilingi kawasan sekitar pangkalan.

17 Apr 13 : Majlis Pembukaan Kursus Ilmu Penerbangan Asas (KIPA) AQM Dan Stewardess Siri 43/13

$
0
0

Majlis Pembukaan Kursus Ilmu Penerbangan Asas (KIPA) AQM Dan  Stewardess Siri 43/13 Majlis Pembukaan Kursus Ilmu Penerbangan Asas (KIPA) AQM Dan  Stewardess Siri 43/13

ALOR SETAR, 17 Apr 13 – Pusat Latihan Terbang 2 (PULATIBANG 2) telah mengadakan Majlis Pembukaan Kursus Ilmu Penerbangan Asas (KIPA) AQM dan  Stewardess Siri 43/13 di Dewan Kuliah AQM, Kolej Tentera Udara (KTU). Majlis ini telah dirasmikan oleh Panglima Pendidikan Udara , YBhg Mej Jen Dato’ Azizool Arif bin Abdul Ghani TUDM. Upacara ini turut dihadiri oleh Komandan KTU, Kol Sardon bin Hassan TUDM, pegawai-pegawai kanan, jurulatih-jurulatih AQM dan pegawai-pegawai serta staf KTU. Kursus ini disertai oleh 32 orang anggota Lain-Lain Pangkat yang terdiri daripada 4 anggota dari Tentera Darat, 4 anggota dari Tentera Laut, 3 anggota dari Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat dan 21 anggota dari Tentera Udara. Kursus ini akan bermula mulai 15 Apr sehingga 12 Julai 13. Dengan adanya kursus ini, adalah diharapkan agar bakal-bakal AQM dan Stewardess ini dapat memantapkan lagi asas dan menambah ilmu pengetahuan dalam bidang penerbangan sebelum bertugas di unit masing-masing. Panglima  Pendidikan Udara  dalam ucapannya berharap agar para pelatih baru ini dapat menguatkan lagi semangat dan jati diri dalam menempuhi kursus ini agar segala objektif kursus tercapai dengan jayanya.

15 Apr 13 : Program Kolaborasi TUDM – Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah Menengah Sains Kepala Batas

$
0
0

Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah Menengah Sains Kepala Batas Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah Menengah Sains Kepala Batas

BUTTERWORTH, 15 Apr 13 – Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah Menengah Sains Kepala Batas (SMSKB) selaku sekolah yang terpilih bagi Program Kolaborasi Sekolah-Sekolah Terpilih bersama TUDM, telah berlangsung di Dewan Sri Bertam SMSKB. Majlis ini telah dirasmikan oleh Mejar Helmi bin Marjuni, Ketua Cawang Tadbir Pangkalan Udara Butterworth. Antara objektif majlis ini adalah mengiktiraf sumbangan pelajar dalam bidang kepimpinan seterusnya membina daya saing dalam kalangan pelajar. Majlis ini juga di harap dapat memotivasikan pelajar agar lebih bersedia menjalankan tugasan harian sejajar dengan visi SMSKB untuk menjadi sekolah cemerlang pada peringkat kebangsaan pada 2015.

Majlis ini di mulakan dengan ketibaan Mej Helmi bin Marjuni TUDM yang diiringi Mej Erleiana Etie bt Mohd Roslan, Pegawai Pendidikan Pangkalan pada jam 8.00 pagi. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), Ustaz Ishak bin Harun dalam ucapannya menyebut bahawa betapa pentingnya majlis tersebut kepada pelajar dan berharap majlis ini dapat memberi keyakinan serta menjadi wahana terbaik kepada semua Badan Kepimpinan Pelajar (BKP) dalam menjalankan tugas. Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak TUDM kerana sudi memberikan kerjasama bagi menjayakan majlis tersebut. Kemudiannya, majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh tetamu kehormat, Mejar Helmi bin Marjuni TUDM. Di dalam ucapannya Mejar Helmi memberikan maksud sebenar kepimpinan kepada para pelajar dengan iaitu pemimpin yang sebenar adalah orang yang mempunyai bakat untuk mempengaruhi orang lain untuk membuat sesuatu yang bukan menjadi kebiasaan.

Sebagai simbolik perasmian, upacara memotong kek telah berlangsung sebelum upacara penyampaian watikah Pelantikan BKP bagi sesi 2012/2013 kepada seramai 61 orang pelajar. Ianya dimulakan dengan penyerahan watikah kepada Majlis Tertinggi BKP iaitu Mohd Syakir bin Mokhtar sebagai Ketua Pelajar SMSKB, Kamal Hazreen bin Nazrin selaku Ketua Pengawas SMSKB, Muklis Anas bin Eshamuddin selaku Timbalan Pengawas 1, Shahimi bin Suhaili selaku Timbalan Pengawas 2 merangkap Ketua Asrama Putera (ASPURA). Seterusnya watikah pelantikan diserahkan kepada Abdul Wafi bin Zamri selaku Timbalan Pengawas 3 merangkap Ketua Amal Makruf Nahi Mungkar (AMAN) serta diikuti dengan naib-naib Timbalan Majlis Tertinggi dan pengawas-pengawas SMSKB yang lain dari tingkatan dua hingga tingkatan lima.


16 Apr 13 : Pertandingan Pentaque Peringkat MTU/MOU

$
0
0

Pertandingan Pentaque Peringkat MTU/MOUPertandingan Pentaque Peringkat MTU/MOU

KUALA LUMPUR, 16 Apr 13 – Pertandingan Pentaque peringkat MTU/MOU telah melabuhkan tirai apabila  kumpulan dari gabungan Bahagian Tadbir telah menjuarai pertandingan kali ini manakala tempat kedua telah dimenangi oleh kumpulan Bahagian Sumber Manusia (BSM). Pertandingan yang diadakan di Gelanggang Pentaque, Pangkalan Udara Kuala Lumpur telah menyakskan enam kumpulan yang terdiri daripada BSM, MOU, IGTU, gabungan Tadbir, gabungan Material dan gabungan PPO telah beradu tenaga bagi merebut gelaran juara. Upacara penyampaian hadiah kepada pemenang dan peserta pertandingan telah disempurnakan oleh Lt Kol Yusof bin Sahar TUDM, Pengerusi sukan MTU/MOU.

18 Apr 13 : Majlis Penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang 2012

$
0
0

Majlis Penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang 2012
Majlis Penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang 2012Majlis Penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang 2012

ALOR SETAR, 18 Apr 13 – Sebagai penghargaan atas perkhidmatan cemerlang dalam melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanahkan, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sekali lagi telah mengadakan Anugerah Khidmat Cemerlang Tahun 2012 (AKC 2012) dengan objektif utamanya ialah mengiktiraf kecemerlangan pegawai-pegawai dan anggota-anggotanya bertepatan dengan fokus utama dalam rangka Pelan Transformasi Air Force Next Generation (AFNG). Seiring dengan hasrat TUDM untuk menjadi sebuah organisasi cemerlang dan berpotensi tinggi, aspirasi tersebut boleh dicapai melalui warganya yang berinovatif dan kreatif dalam semua aspek operasi, latihan dan pengurusan. Kecemerlangan tersebut merupakan asas penting bagi merealisasikan visi TUDM untuk menjadi sebuah kuasa udara yang unggul. Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, YBhg Mej Jen Dato’ Azizool Arif bin Abd Ghani TUDM telah menyempurnakan Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang Tahun 2012 kepada warga KTU dan ILTU bertempat di Dewan Aeroangkasa KTU pada pagi tadi. Dalam majlis tersebut, seramai 56 anggota tentera telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang didahului oleh Lt Kol Bokhari bin Othman TUDM. Dengan penerimaan anugerah tersebut pihak TUDM yakin ia bukan hanya akan menjadi pembakar semangat para pegawai dan anggota-anggotanya untuk bekerja dengan lebih tekun dan dedikasi malah akan berusaha dengan lebih giat lagi untuk menghasilkan mutu kerja yang cemerlang. Selaras dengan hasrat dan saranan pimpinan tertinggi TUDM iaitu Kearah Tentera Udara Masa Depan atau Air Force Next Generation. Turut hadir ke majlis ini ialah Komandan KTU, Kol Sardon bin Hassan TUDM, pegawai-pegawai kanan KTU dan semua warga KTU.

18 Apr 13 : Majlis Penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang(AKC) 2012

$
0
0

Majlis Penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang(AKC) 2012 Majlis Penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang(AKC) 2012 Majlis Penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang(AKC) 2012 Majlis Penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang(AKC) 2012 Majlis Penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang(AKC) 2012
Majlis Penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang(AKC) 2012Majlis Penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang(AKC) 2012

KUALA LUMPUR, 18 Apr 13 – Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang (AKC) bagi tahun 2012 bertempat di Auditorium Wisma Pertahanan. Seramai 130 pegawai dan anggota Tentera Udara dari pelbagai ketukangan yang berkhidmat di Markas Tentera Udara dan Markas Operasi Udara telah menerima anugerah ini yang berlangsung pada pagi tadi. Di atas sikap dan prestasi kerja yang cemerlang, penerima-penerima anugerah ini akan menerima sijil penghargaan beserta ganjaran wang sebanyak RM1000 sebagai penghargaan di atas sikap dan prestasi kerja yang ditunjukkan. Penghargaan dan ganjaran yang diberikan ini juga akan menjadi pendorong kepada anggota lain untuk terus bekerja dengan tekun dan cemerlang lagi dalam menuju wawasan Air Force Next Generation. Bagi pegawai dan anggota dari unit-unit luar akan menerima penghargaan ini pada tarikh yang telah ditetapkan di pangkalan udara terpilih mengikut zon.

18 Apr 13 : Penghargaan Atas Pencapaian Cemerlang

$
0
0

Penghargaan Atas Usaha GigihPenghargaan Atas Usaha GigihPenghargaan Atas Usaha Gigih

BUTTERWORTH, 18 Apr 13 – Satu majlis penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang (AKC) telah diadakan bertempat di Dewan Setia, Pangkalan Udara Butterworth yang telah disempurnakan oleh Panglima Operasi Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM. Dalam majlis tersebut, seramai 85 penerima telah menerima AKC yang terdiri daripada Pegawai dan Anggota LLP Pangkalan Udara Butterworth dan Sekolah Ikhtisas Tentera Udara (SITU). Majlis ini juga diadakan serentak di Markas Tentera Udara, Pangkalan Udara Subang, Pangkalan Udara Kuantan dan Kolej Tentera Udara. Turut diadakan Majlis Perjumpaan Panglima Operasi Udara bersama Pegawai Pangkalan Udara Butterworth bertempat di Auditorium No 18 Skn selepas selesai acara penyampaian Sijil AKC.

 

18 Apr 13 : Anugerah Khidmat Cemerlang Suntik Semangat Untuk Terus Gigih

$
0
0

Anugerah Khidmat Cemerlang Suntik Semangat Bekerja
Anugerah Khidmat Cemerlang Suntik Semangat BekerjaAnugerah Khidmat Cemerlang Suntik Semangat Bekerja

KUANTAN,18 Apr 13 – Auditorium INSPRA Pangkalan Udara Kuantan hari ini menyaksikan seramai 152 penerima Anugerah Khidmat Cemerlang (AKC) bagi tahun 2012 menerima sijil masing-masing. Calon-calon yang dipilih terdiri daripada pegawai dan anggota dari pelbagai ketukangan dan lapisan pangkat yang berkhidmat di Pangkalan Udara Kuantan, Pangkalan Udara Gong Kedak serta Skuadron 322 Bukit Ibam. Upacara penyampaian sijil Anugerah Khidmat Cemerlang disempurnakan oleh Panglima 1 Div Udara, YBhg Mej Jen Dato’ Sabri bin Adam TUDM. Anugerah ini diharap dapat memberi motivasi serta inspirasi kepada warga TUDM amnya bagi meningkatkan moral dan mutu perkhidmatan. Setiap calon yang terpilih akan menerima sijil Anugerah Khidmat Cemerlang dan hadiah prestasi bernilai RM1000 setiap seorang.

Viewing all 983 articles
Browse latest View live