Quantcast
Channel: Laman Web Rasmi Tentera Udara Diraja Malaysia » Berita Dari Pangkalan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 983

18 Sep 13 : Lawatan Kerja Mej (K) Dato’ Nicol Ann David Ke Kolej Tentera Udara

$
0
0

Lawatan Mej (K) Dato’ Nicol Ann David Ke Kolej Tentera Udara Lawatan Mej (K) Dato’ Nicol Ann David Ke Kolej Tentera UdaraLawatan Mej (K) Dato’ Nicol Ann David Ke Kolej Tentera Udara  Lawatan Mej (K) Dato’ Nicol Ann David Ke Kolej Tentera UdaraLawatan Mej (K) Dato’ Nicol Ann David Ke Kolej Tentera Udara Lawatan Mej (K) Dato’ Nicol Ann David Ke Kolej Tentera Udara Lawatan Mej (K) Dato’ Nicol Ann David Ke Kolej Tentera Udara  Lawatan Mej (K) Dato’ Nicol Ann David Ke Kolej Tentera Udara Lawatan Mej (K) Dato’ Nicol Ann David Ke Kolej Tentera Udara

Lawatan Mej (K) Dato’ Nicol Ann David Ke Kolej Tentera Udara

Lawatan Mej (K) Dato’ Nicol Ann David Ke Kolej Tentera Udara Lawatan Mej (K) Dato’ Nicol Ann David Ke Kolej Tentera Udara Lawatan Mej (K) Dato’ Nicol Ann David Ke Kolej Tentera Udara

ALOR SETAR, 18 Sep 13 – Tentera Udara Diraja Malaysia telah menganjurkan satu program lawatan khas untuk Mej (Kehormat) Dato’ Nicol Ann David ke Kolej Tentera Udara, Alor Setar pagi tadi. Lawatan ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan dan exclusive information kepada beliau sebagai seorang Pegawai Kehormat TUDM mengenai peranan yang dimainkan oleh TUDM amnya dan Kolej Tentera Udara khasnya terhadap suasana bertugas dalam TUDM. Selain itu, lawatan ini adalah untuk merapatkan hubungan beliau dengan TUDM dan dalam masa yang sama menzahirkan  YBhg Mej (Kehormat) Dato’ Nicol Ann David adalah sebahagian dari TUDM.

Tujuan program lawatan ini juga turut merangkumi hasrat TUDM untuk mendedahkan dengan lebih jelas kepada YBhg Mej (Kehormat) Dato’Nicol Ann David bahawa ilmu pengetahuan, kecekapan, kelayakan dan safety sentiasa diberikan keutamaan oleh TUDM dalam apa juga tugas yang dilaksanakan.

Ketibaan YBhg Mej (Kehormat) Dato’Nicol Ann David di Kolej Tentera Udara (KTU) telah disambut oleh Ketua Staf Markas Pendidikan dan Latihan Udara (MPLU), Komandan KTU dan beberapa eksekutif kolej. Beliau kemudiannya diberikan taklimat oleh Komandan KTU berkenaan organisasi TUDM dan Kolej di bilik mesyuarat KTU.

Acara lawatan diteruskan dengan sesi interaksi beliau bersama juruterbang dan pelatih. Dalam sesi ini, YBhg Mej (Kehormat) Dato’ Nicol Ann David didedahkan dengan semangat kekitaan (sense of belonging) dalam TUDM dan hormat menghormati di antara satu sama lain. Interaksi ini telah berjalan dalam suasana yang harmoni, di mana jurulatih dan pelatih penerbangan telah menggunakan kesempatan ini untuk berkongsi pengalaman dan juga bidang tugas yang dijalankan.

Beliau kemudiannya dibawa melawat fasiliti dan kemudahan yang terdapat di KTU antaranya flight simulator pesawat PC 7 Mk 1 dan Mk II. Beliau juga telah berpeluang menerbangkan pesawat dengan menggunakan simulator berkenaan dengan bantuan pegawai dan staf KTU.

Sejurus selesai melawat simulator, YBhg Mej (Kehormat) Dato’ Nicol Ann David telah dibawa melawat pameran statik pesawat PC7 dan juga helikopter Alouette. Disini beliau telah diberikan penerangan oleh juruterbang mengenai keupayaan pesawat yang dipamerkan.

Seterusnya, YBhg Mej (Kehormat) Dato’ Nicol Ann David berkongsi pengalaman beliau dengan semua staf dan juga pelatih di Kolej dalam sesi motivational talk di Dewan Taming Sari. Selain dari berkongsi pengalaman, sesi ini juga bertujuan bagi memberikan pendedahan kepada YBhg Mej (Kehormat) Dato’ Nicol Ann David untuk merasai dengan lebih dekat suasana ketenteraan dan protokol dalam TUDM.

Kemuncak bagi acara lawatan ini adalah sesi penerbangan membawa YBhg Mej (Kehormat) Dato’ Nicol Ann David dengan pesawat PC 7 Mk II.  Tujuan sesi ini adalah selain memberikan pengalaman terbang dengan pesawat latihan TUDM, ianya juga memberikan pendedahan kepada YBhg Mej (Kehormat) Dato’ Nicol Ann David mengenai bagaimana TUDM melatih pelatih-pelatih penerbangan yang meliputi aspek prosedur, pengoperasian dan keselamatan. Selain itu, ianya juga untuk memberi gambaran jelas kepada beliau bahawa menjadi seorang juruterbang memerlukan seseorang itu sentiasa fokus dan memberikan perhatian kepada semua aspek (Attention To Details) serta mempunyai tahap kesediaan fizikal dan mental yang tinggi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 983

Trending Articles