SUNGAI BESI, 19 Sep 13 – Satu Perbarisan Bersama Panji-Panji Rejimen dan Skuadron Sempena Hari Ulangtahun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah berlangsung di Dataran PTD, Kem Sungai Besi, hari ini.
Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli bin Mohd Zin hadir bagi menerima tabik hormat sempena Perbarisan Hari ATM ke-80 yang diadakan dengan penuh istiadat ketenteraan.
Perbarisan ini melibatkan seramai 29 orang pegawai dan 448 orang anggota lain-lain pangkat daripada ketiga-tiga perkhidmatan.
Panglima Angkatan Tentera turut menyampaikan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) kepada pegawai dan anggota yang terlibat dalam Op Daulat baru-baru ini serta Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada bekas tentera dan Pingat Perkhidmatan Setia (PPS). Turut menerima sijil pada perbarisan ini adalah kakitangan awam, dimanan mereka menerima Sijil Kepujian Panglima Angkatan Tentera.
Antara tetamu kenamaan yang hadir ke perbarisan tersebut ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Dr. Hj Ismail bin Hj Ahmad, Panglima-Panglima Perkhidmatan dan Mantan-Mantan Panglima Angkatan Tentera serta Penasihat Pertahanan Negara Asing (DA).